34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Azhar kekal Speaker, Ahmad Maslan ganti Azalina?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kedudukan Datuk Azhar Azizan Harun dikatakan tidak berubah selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) walaupun ada usul daripada ahli Parlimen yang mahukan beliau melepaskan jawatannya.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata, kerusi Timbalan Yang Dipertua yang dikosongkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said pula akan diisi oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kedudukan Speaker Dewan Rakyat dipercayai tidak berubah dengan Datuk Azhar Azizan Harun kekal manakala jawatan Timbalan Speaker yang kosong difahamkan akan diisi oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Menjelang seminggu sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 13 September ini, sumber memberitahu Utusan Malaysia, perkara itu dipersetujui parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” lapor media tersebut hari ini.

Sebelum ini Azhar mengakui ada menerima usul daripada ahli Parlimen yang mahukan beliau mengosongkan jawatannya tetapi menyerahkan kepada Timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk tindakan.

Sehubungan itu, Azhar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Rashid mengenai usul tersebut.

“Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya invdividu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya utusak surat kepada kesemua pengusul bawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan,” katanya.

Difahamkan desakan oleh pemimpin parti politik tertentu agar mengosongkan jawatannya bagi memberi laluan kepada Azalina dilantik sebagai Yang Dipertua dewan.

Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi Edisi 9 enggan mengulas mengenai laporan media tersebut sebaliknya mencadangkan agar menghubungi pejabat Yang Dipertua atau Rashid bagi mengesahkannya.

“Sila berhubung dengan pejabat Speaker dan Timbalan (Speaker) YB Rashid tentang itu,” katanya menerusi Whatsapp hari ini.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi kerana gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan