28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Sekolah tetap dibuka 3 Oktober, selamatkah anak-anak?

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tanggal 3 Oktober depan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan.

Ketetapan yang dibuat berkenaan disahkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pada 3 September lalu seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Menurut Radzi, sesi persekolahan berkenaan bagaimanapun tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.

“Sekarang kes tinggi, tetapi kita lihat masyarakat telah divaksinkan dan perkara nilai ambang telah diambil kira dalam PPN. Kita gunakan PPN sebagai asas untuk bantu kita tetapkan pendekatan yang ingin kita gunakan apabila ingin buka sekolah kelak,” kata beliau.

Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis.

Keputusan berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa sendiri memandangkan ada yang bimbang sekiranya anak mereka yang masih belum menerima vaksin diwajibkan ke sekolah.

Baca juga:   Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

Bagi seorang ibu yang hanya ingin dikenali sebagai Amira, 36, dia menyambut baik pengumuman pembukaan sesi persekolahan berkenaan, namun hasratnya untuk menghantar anak masih 50 peratus.

Baca juga:   KKM dituntut beri penjelasan status kesihatan Najib - Puad

“Anak-anak tak dapat vaksin lagi, dengan kewujudan varian berbahaya seperti Delta, saya masih berkira-kira mahu menghantar anak ke sekolah.

“Saya harap agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas bagi mengelak anak-anak dijangkiti Covid-19,” tegasnya.

Untuk rekod, sehingga 18 Mei lalu, sebanyak 64,046 kanak-kanak di seluruh negara dijangkiti COVID-19.

Jumlah kumulatif tersebut dikongsikan Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter rasminya.

Terbaharu, menurut data dikeluarkan KKM, sebanyak 41 kematian direkodkan sejak Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding hanya enam kematian pada 2020.

Data berkenaan menunjukkan terdapat risiko jangkitan Covid-19 sekiranya anak-anak didedahkan di tempat tumpuan termasuk sekolah.

Memetik laporan Bernama hari ini, keputusan pemberian suntikan vaksin Covid-19 terhadap pelajar sekolah akan dimuktamadkan dalam satu mesyuarat penyelarasan melibatkan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan pada Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu dan akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan suntikan vaksin ke atas golongan berusia 12 hingga 17 tahun bermula 15 September ini.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) jumlah keciciran pelajar sedia akan meningkat enam kali ganda.

Melihat daripada hasil kajian #untukMalaysia, 79.5 peratus atau lapan daripada 10 kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai mereka yang tercicir adalah golongan B40.

Baca juga:   Belanjawan 2023 dibentang 7 Oktober - Wan Junaidi
Baca juga:   KDN siasat ketulenan rakaman mirip suara 2 pemimpin

Tentunya kaedah pengajaran secara bersemuka lebih tepat dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran, namun, persoalannya, sebagai ibu bapa adakah anda bersedia menghantar anak ke sekolah?

Selamatkah anak-anak anda?

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan