31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

64.2% populasi dewasa lengkap vaksinasi, enam negeri terendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 64.2 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK), atau 46.0 peratus jumlah populasi keseluruhan, membabitkan sejumlah 15,032,301 individu, setakat semalam. 

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, manakala, 84.3 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos pertama atau 60.5 peratus jumlah populasi keseluruhan, yang membabitkan sejumlah 19,741,754 individu.

Sehingga semalam, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 34,752, 340 dos. 

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 90 peratus bagi suntikan dos kedua dengan 94.0 peratus bagi Labuan (102.1 peratus dos pertama) dan 92.4 peratus bagi Lembah Klang (111.6 peratus dos pertama). 

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin.

Bagaimanapun, enam negeri merekodkan jumlah peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi suntikan dos kedua yang terdiri Sabah dengan 40.0 peratus; Kelantan (45.3 peratus); Kedah (45.9 peratus); Perak dan Johor masing-masing (47.8 peratus) dan Terengganu (49.1 peratus).

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 261,768 dos. 

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Daripada jumlah itu, sebanyak 115,473 bagi dos pertama manakala sebanyak 146,295 dos kedua vaksin COVID-19. 

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 34,316 dos pertama dan sebanyak 20,696 dos kedua. – Edisi 9 

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan