26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JOHOR BAHRU – Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Johor, bermula Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, manakala sehingga semalam seramai 1,892 remaja sudah mendapat suntikan vaksin lengkap.

“Sehingga kini, seramai 304,695 remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, dengan anggaran terdapat 359,900 remaja usia sama di negeri ini.

“Pelaksanaan pemberian vaksin bagi PICK Remaja ini menerusi janji temu di aplikasi MySejahtera, vaksinasi berjadual dan vaksinasi secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih,” katanya dalam kenyataan media hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Menurut beliau, janji temu menerusi MySejahtera disasarkan kepada pelajar berasrama penuh, sekolah pendidikan khas berasrama dan sekolah harian.

“Bagi vaksinasi berjadual pula, ia membabitkan pelajar sekolah harian, sekolah pendidikan khas harian dan sekolah antarabangsa.

“Vaksinasi secara jumpa terus disasarkan kepada remaja di Institut Pengajian Tinggi Awam atau swasta dan remaja yang tidak bersekolah.

“Mereka boleh hadir ke mana-mana PPV yang ditetapkan di 10 daerah negeri ini bersama ibu bapa atau penjaga,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan