29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

60.2% populasi dewasa lengkap vaksin, capai sasaran awal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mencapai sasaran lebih awal iaitu empat hari sebelum sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini apabila sebanyak 60.2 peratus populasi dewasa Malaysia telah menerima suntikan lengkap.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah peratusan berkenaan bersamaan dengan 14,095,554 individu dewasa yang telah menerima vaksin.

Pada 9 Ogos lalu, media melaporkan kerajaan menyasarkan sebanyak 60 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin Covid-19 lengkap menjelang Hari Kebangsaan sementara 100 peratus kadar vaksinasi populasi lengkap divaksinasi dapat dicapai menjelang akhir Oktober.

Peratusan Vaksinasi Populasi Dewasa Malaysia sehingga 26 Ogos. Kredit: JKJAV

Secara keseluruhannya sebanyak 33,044,202 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin diberikan kepada rakyat di negara ini sehingga semalam.

Wilayah Perseketuan Labuan mencatatkan rekod tertinggi peratusan populasi dewasa yang telah lengkap menerima suntikan vaksin iaitu sebanyak 92.9 peratus; diikuti Lembah Klang iaitu gabungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor sebanyak 87.8 peratus dan Sarawak sebanyak 86.3 peratus.

Manakala, Negeri Sembilan yang telah beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) semalam merekodkan sebanyak 75.5 peratus populasi dewasa di negeri berkenaan telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Advertisements

Dalam data yang sama turut dikongsikan tiga negeri lagi masih rendah kadar peratusan penduduk lengkap divaksin iaitu negeri paling rendah Sabah sekitar 35 peratus; kedua rendah, Kedah iaitu 41.3 peratus dan Kelantan iaitu 42.2 peratus.

Secara keseluruhannya, semalam, sebanyak 408,295 dos vaksin telah berjaya diberikan di seluruh negara di mana dari jumlah berkenaan, 155,669 dos membabitkan dos pertama, manakala, 252,626 dos membabitkan dos kedua.

Laporan harian pemberian dos vaksin 26 Ogos. Kredit: JKJAV

Selangor menjadi negeri tertinggi bagi pemberian dos kedua iaitu sebanyak 36,683 dos, manakala, dos pertama negeri berkenaan adalah sebanyak 9,898.

Sabah pula muncul sebagai negeri kedua tertinggi bagi pemberian dos kedua iaitu sebanyak 33,605 dos, manakala, dos pertama negeri berkenaan pula ialah sebanyak 17,240.

Johor menjadi negeri ketiga tertinggi bagi pemberian dos kedua iaitu sebanyak 30,940 dos, manakala, dos pertama negeri berkenaan pula ialah sebanyak 33,276 dos.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan