29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Vaksin: 26 guru di Perlis enggan terima suntikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negeri, Rozieana Ahmad.

Memetik laporan BH Online, Rozieana berkata, daripada 4,710 guru di seluruh Perlis, 4,504 daripadanya sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 manakala baki 206 belum lagi mengambil sebarang dos vaksin.

“Daripada jumlah itu, 91 orang guru enggan menerima vaksin pada mulanya namun selepas perbincangan dilakukan, 65 guru bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

“Seramai 26 orang guru lagi yang tegar menyatakan belum bersedia untuk menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Yang ke-14 di Kompleks DUN, hari ini.

ROZIEANA AHMAD

Rozieana berkata, proses perbincangan melalui kaunseling masih dijalankan bagi memastikan guru terbabit menerima untuk divaksin.

“Mereka yang enggan menerima vaksin ini mempunyai sebab berbeza juga seperti masalah kesihatan dan tidak menolak 100 peratus vaksin ini.

“Namun, bagi yang ada masalah kesihatan boleh mendapatkan nasihat doktor dan diberi kaunseling,” katanya.

Rozieana berkata, pihaknya merayu kepada kumpulan guru berkenaan supaya berfikir secara rasional demi keselamatan murid apabila pembelajaran secara bersemuka bermula kembali.

“Kerjasama daripada guru ini amat diharapkan kerana jika mereka tidak mahu divaksin, sukarlah sekolah hendak dibuka dan ini mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, terdapat 104 sekolah menengah dan rendah merangkumi 43,716 murid di Perlis.

Terdahulu, 22 Ogos lalu media melaporkan media seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vaksin supaya mereka sedia menerima suntikan.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilaporkan akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak menerima vaksin COVID-19 bagi mencari penyelesaian isu itu dijangka Jumaat ini. -EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan