27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Harga RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh mulai Khamis hingga 1 September ini manakala harga runcit petrol RON97 turun dua sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.72.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Untuk rekod, paras harga RON97 terendah dicatatkan tahun ini bagi dua minggu berturut-turut iaitu dari 2 hingga 15 Januari lalu dengan kadar RM2.14 seliter.

Manakala, paras harga RON97 terendah dicatatkan tahun ini pada tempoh yang sama bagi dua minggu berturut-turut iaitu dari 2 hingga 15 Januari lalu dengan kadar RM1.84 seliter.

Bagi paras harga diesel terendah dicatatkan tahun ini pada tempoh seminggu dari 2 hingga 8 Januari lalu dengan kadar RM2.01 seliter.

Pada 10 Februari lalu, kerajaan bersetuju menurunkan had harga siling baharu bagi produk petrol, RON95 pada RM2.05, manakala diesel pada RM2.15 seliter.

Harga siling baharu bagi RON95 berkenaan telah mula dilaksanakan sejak 27 Februari lalu, manakala, diesel pula lebih awal iaitu pada 13 Februari lalu.-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan