28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rasuah ‘durian RM30’: PDRM diarah siasat secara menyeluruh

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, selain merujuk laporan-laporan polis tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

“Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kota Melaka daripada DAP, Khoo Poay Tiong, mendakwa dihubungi individu tertentu dan ditawarkan wang tunai bernilai berpuluh juta ringgit dan jawatan sebagai menteri jika mereka menyokong kerajaan PN.

SPRM hari ini memaklumkan mereka tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp bagi menawarkan sogokan kepada tiga Ahli Parlimen DAP itu.

Menurut SPRM, pihaknya memandang serius mengenai tohmahan yang mendakwa beberapa orang Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk memujuk mereka menyokong kerajaan PN.

Jelas suruhanjaya itu, sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan