29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pegawai Timbalan Menteri meninggal dunia akibat COVID-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Datuk Jaimin Samitah meninggal dunia akibat COVID-19, petang semalam.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas disahkan dijangkiti virus itu, minggu lalu.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Datuk Guan Dee Koh Hoi ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau berita pemergian Jaimin daripada ahli keluarga Jaimin pada pukul 5 petang, semalam.

“Kali terakhir kami bersama ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Parlimen pada 29 Julai lalu dan kira-kira jam 4 atau 5 petang, saya bersama empat pengiring termasuk Jaimin melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum keluar Parlimen dan kami semua disahkan negatif.

“Selepas Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan, saya pulang ke Sabah dan pada Isnin lalu, Jaimin yang masih berada di Kuala Lumpur memberitahu yang dia berasa tidak sihat dan saya minta dia buat ujian saringan COVID-19 sekali lagi,” katanya, hari ini.

Menurut beliau, Jaimin disahkan positif sebelum dikuarantin dan dirawat di sebuah hospital sejak Isnin minggu lalu sehingga menghembuskan nafas terakhir, semalam dan dikebumikan, hari ini.

Guan Dee juga amat sedih dengan pemergian Jaimin dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Advertisements

Sementara itu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam hantaran Facebook tengah malam tadi memaklumkan berita kematian Jaimin disahkan selepas beliau menelefon adiknya, Datuk Seri Sabin Samitah.

Katanya, beliau dimaklumkan jenazah Jaimin akan dikebumikan di Cyberjaya, hari ini.

“Datuk Jaimin adalah timbalan saya ketika saya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

“Saya akan abadikan kenang kenangan keperibadian dia yang senang bergaul dengan senyuman namun tegas dalam pendirian. Kita kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak melabur jasa bakti kepada masyarakat,” katanya.

Jaimin yang berasal dari Ranau, Sabah adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yang juga Penyelaras Parlimen Ranau selain dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Guan Dee.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan, memaklumkan sebanyak 85 kes positif dikesan di Parlimen hasil saringan menggunakan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan