30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

810 premis diarah tutup serta merta – Hishammuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 810 premis meliputi kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama penempatan pekerja diarah tutup serta-merta dalam tempoh seminggu setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan maklumat itu menerusi perkongsian di Facebook beliau di sini.

Katanya, sejak ambil alih tugas ini, setiap hari beliau menerima laporan daripada Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis, dalam seminggu lebih ini sahaja 810 premis diarah tutup serta-merta kerana ingkar SOP.

Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP COVID-19 serta Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara.

“Mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun PDRM. Tetapi jika premis sendiri tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya,” katanya.

 Katanya lagi, beliau perlu bertindak tegas dalam soal pematuhan SOP oleh premis-premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP, besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan COVID-19,” katanya. – Edisi 9 

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan