27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

19,991 kes baharu harian COVID-19, 201 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 negara kembali melebihi 19,000 dengan 19,991 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 mencecah 1,299,767 kes.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook hari ini.

Menurut beliau, Selangor terus merekodkan kes baharu harian tertinggi dengam sebanyak 7,338 kes dilaporkan.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan 2,374 kes, Kedah (1,830 kes), Sabah (1,383 kes), Johor (1,344 kes) dan Kelantan (1,030 kes).

“Perak (953 kes), Sarawak (836 kes), Pulau Pinang (743 kes), Melaka (578 kes), Negeri Sembilan (564 kes), Pahang (539 kes) dan Terengganu (378 kes).

“Seterusnya, Putrajaya (76 kes), Perlis (24 kes) dan Labuan (satu kes),” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 201 kes kematian COVID-19 dilaporkan lagi pada hari ini.

“Ia termasuk 38 warga asing melibatkan 118 lelaki dan 83 wanita serta 34 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) iaitu 13 warga Malaysia dan 21 warga asing,” katanya.

Baca juga:   Polis Perak bongkar kegiatan makmal dadah dalam hutan

Menurutnya, daripada jumlah kes harian, sebanyak 385 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala 19,606 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Baca juga:   Sambutan ulang tahun keputeraan Agong ditangguh

“Secara keseluruhan, hanya 4,632 kes (23.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 ,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, mengikut status vaksinasi COVID -19, sebanyak 39 kes kategori lima dengan 33 kes atau 84.6 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 114 kes kategori empat dengan 81 kes atau 71.1 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Selain itu, 232 kes kategori tiga dengan 153 kes atau 65.9 peratus tiada sejarah vaksinasi, 9,676 kes kategori dua dengan 6,475 kes atau 66.9 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 9,930 kes bagi kategori satu dengan 8,617 kes atau 86.8 peratus tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 29 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.-Edisi 9

Baca juga:   3 lagi negeri bawah PKPP, rentas negeri masih dilarang

Terkini

Bentang semula Bajet 2023 jika belum lulus disebabkan PRU15

RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang pada 7 Oktober depan perlu dibentangkan semula di...

Lagi Artikel Berkaitan