31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

55.6 % populasi dewasa lengkap dos kedua vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 55.6 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, membabitkan jumlah penerima seramai 13,022,246, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, manakala sebanyak 78.0 peratus jumlah populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin, membabitkan jumlah penerima seramai 18,258,947.

Semalam sahaja, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 31,281,193 dos.

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin.

Daripada laporan tersebut juga memaklumkan, sebanyak lima negeri telah mencatatkan peratusan populasi dewasa melebihi 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua.

Ia terdiri, Wilayah Persekutuan Labuan dengan sebanyak 90.6 peratus; Sarawak (84.6 peratus); Lembah Klang (83.8 peratus); Negeri Sembilan (71.3 peratus) dan Perlis (61.4 peratus).

Manakala, lima lagi negeri merekodkan peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua, iaitu Perak dengan 40.7 peratus; Johor (37.4 peratus); Kedah (37.3 peratus); Kelantan (36.0 peratus) dan Sabah (30.1 peratus).

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 441,100 dos jumlah pemberian dos vaksin harian COVID-19 telah diberikan kepada penerima. 

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

“Daripada jumlah itu, sebanyak 137,555 adalah dos pertama manakala seramai 303,545 individu telah menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 14,428 bagi dos pertama, manakala sebanyak 99,434 bagi dos kedua. 

Diikuti, Johor dengan sebanyak 31,417 bagi dos pertama manakala sebanyak 34,016 bagi dos kedua.

Sementara, Putrajaya pula merekodkan pemberian dos vaksin sifar bagi dos pertama dan sebanyak 2,576 bagi dos kedua – Edisi 9 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan