24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Perjuangan PH membela doktor kontrak palsu semata-mata

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perjuangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) membela nasib doktor-doktor kontrak adalah palsu semata-mata, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Ini kerana menurut beliau, sepanjang PH menjadi kerajaan selama 22 bulan, mereka bukan sahaja gagal membela nasib doktor kontrak, malah beberapa dasar mereka telah merugikan kakitangan awam lain.

“Sewaktu PH memerintah mereka mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam sehingga 5 peratus setahun yang memberi kesan sehingga 25,000 orang.

“Kerajaan PH juga menamatkan kontrak penjawat awam yang bertugas apabila mula memerintah. Lebih 17,000 penjawat awam terkesan dan hilang mata pencarian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

MOHAMED SUKRI OMAR

Semalam, ketika membahas ucapan Menteri Kesihatan pada hari kedua sidang khas Dewan Rakyat, Dr Dzulkeflu Ahmad lantang mengkritik kerajaan kerana mengabaikan tuntutan hartal doktor kontrak.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini seolah-olah menjadikan doktor kontrak seperti set perlindungan diri (PPE) yang mana mereka dibuang selepas habis dipakai.

“Jangan jadikan mereka ketika wabak Covid-19 ini umpama PPE, dibuang selepas dipakai. Kita konsisten perjuangkan hak mereka, kita mahu tindakan menteri (menyelesaikan) isu ini,” katanya seperti dilapor media.

Advertisements

Sukri berkata, kenyataannya ketika menjawat Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu sebaliknya menolak cadangan agar doktor-doktor kontrak diberikan jawatan tetap.

Katanya, pada masa itu, Dr Dzulkefly berkata, mereka tidak dapat memberi jaminan kepada pegawai perubatan siswazah atau doktor kontrak untuk ditawar ke jawatan tetap.

Beliau berkata, PH juga cuba memansuhkan elaun kritikal sektor kesihatan selain bercadang untuk memancuhkan skim pencem penjawat awam.

“Nak percaya pada PH? Apabila kerajaan PN memerintah lima perkara ini tidak berlaku. Malah ia ditambah baik,” katanya.

Kelmarin, kira-kira 4,000 doktor kontrak di seluruh negara melakukan mogok secara aman di lokasi mereka bertugas walaupun berisiko dikenakan tindakan tatatertib atau undang-undang.

Mogok membabitkan 30 hingga 100 doktor kontrak di setiap hospital kerajaan itu berlangsung dalam tempoh 15 hingga 30 jam dengan masing-masing membawa plakad dan ada yang berpakaian serba hitam bermula serentak pada pukul 11 pagi.

Mereka bergabung di bawah Hartal Doktor Kontrak membuat beberapa tuntutan dengan kerajaan termasuk menyerap mereka ke jawatan tetap. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan