34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Macau Scam: Wanita, dua lelaki dipenjara gagal bayar denda

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seorang wanita dan dua lelaki didenda antara RM16,000 dan RM34,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berkaitan sindiket Macau Scam.

Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulaikha Roslan, 22, Muhammad Anas Mohd Amir Nasharuddin, 21, dan Muhammad Syafirul Haidezeman, 31.

Zulaikha didenda berjumlah RM16,000 bagi dua pertuduhan, Muhammad Anas didenda berjumlah RM34,000 atas empat pertuduhan dan Muhammad Syafirul yang menghadapi tiga pertuduhan didenda RM24,000 bagi semua kesalahan, lapor Bernama

Jika gagal membayar denda, Zulaikha diperintahkan menjalani hukuman penjara  20 bulan manakala Muhammad Syafirul 32 bulan dan Muhammad Anas 44 bulan.

Kesemua mereka gagal membayar denda dan masing-masing dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

Advertisements

Wanita itu didakwa menyembunyikan wang yang bukan miliknya masing-masing  RM30,000 menerusi dua transaksi yang dimasukkan oleh Mohammad Roslan Abd Manap ke dalam akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh di sebuah bank di Nilai, di sini pada 7 dan 8 Julai lepas.

Muhammad Anas dituduh atas kesalahan sama melibatkan wang masing-masing RM30,000, RM50,000, RM9,500 dan RM40,500 yang dimasukkan oleh Mohammad Roslan ke dalam akaun peribadinya.

Manakala Muhammad Syafirul didakwa menyembunyikan wang RM20,000, RM50,000 dan RM10,000 yang dimasukkan oleh individu sama ke dalam akaun miliknya di tempat serupa antara 7 dan 9 Julai lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunus.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan