26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

5 hari angka pemberian vaksin lepasi 500,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selama lima hari berturut-turut, jumlah pemberian vaksin di seluruh negara melepasi angka 500,000 dengan sebanyak 512, 097 dos diberikan setakat semalam.

Pada hari sebelumnya, data yang dikeluarkan Jawatankuasa Jaminan Khas Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan sebanyak 556,404 dos vaksin diberikan sekali gus merupakan angka tertinggi, manakala 552,701 dos pada 28 Julai, 553,871 dos (27 Julai) dan sebanyak 521,923 dos (26 Julai).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 315,737 individu telah menerima dos pertama.

“Manakala, seramai 196, 360 individu telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua mereka di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam,” katanya menerusi perkongsian di Twitter beliau, hari ini.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, secara keseluruhannya sejumlah 20,014,549 dos, pemberian vaksin COVID-19 diberikan kepada penerima sehingga 30 Julai 2021.

Jumlah penerima yang menerima dos pertama adalah seramai 13,500,479 individu dan daripada jumlah itu, seramai 6,514,070 individu telah menerima dos kedua.

Sementara itu, seramai 5.5 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, menuju ke sasaran 6.1 juta populasi dewasa yang ditetapkan dalam operasi lonjakan vaksinasi Lembah Klang.

Sehingga kini, kira-kira 57.7 peratus populasi dewasa negara telahpun mendapat dos pertama atau 41.3 peratus populasi negara, manakala 27.8 peratus populasi dewasa menerima dos kedua (19.9 peratus populasi negara), sekaligus telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sebanyak 91.1 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima dos pertama, manakala 79.8 peratus populasi dewasa sudah menerima dos kedua.

Lembah Klang pula mencatatkan 90.3 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima dos pertama dan 34.3 peratus sudah menerima dos kedua diikuti Sarawak (83.2 peratus dos pertama, 62.5 peratus dos kedua).

Dalam pada itu, bagi pemberian dos vaksin harian, Lembah Klang terus mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu, Selangor dengan sebanyak 159,641 dos diikuti Kuala Lumpur (91,128 dos). – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan