26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Langgar SOP: Tajuddin Rahman dikompaun lagi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri Mesyurat Khas Dewan Rakyat, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, DCP Beh Eng Lai berkata, tindakan polis itu dilakukan selepas terkesan sebuah mesej yang dimuat naik oleh pemilik Twitter @sultanoftasik pada hari ini pukul 10 pagi.

“Ia memaparkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri mesyuarat khas tersebut semalam dan pada hari yang sama pukul 2.30 petang, Ahli Parlimen Pasir Salak itu didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar.

‘’Atas perlanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini pukul 1 tengahari,’’ katanya.

Baca juga:   Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa kaji syarat keistimewaan bekas PM

Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum ini dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan sama ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di Kuala Lumpur, pada 25 Mei lalu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan