29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Ahli Parlimen UMNO rela dipecat, tetap kekal dalam kerajaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu, kepemimpinan sudah maklum mengenai ketegasan mereka.

“Mereka juga menegaskan adalah tidak masuk akal untuk UMNO bertindak keluar daripada kerajaan pada waktu sekarang ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19, tambahan pula beberapa menteri UMNO memainkan peranan penting dalam menanganinya,” kata sumber tersebut seperti dilapor UtusanTV.

Kata sumber tersebut, pendirian juga dilakukan kerana ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak mahu arena politik negara menjadi huru-hara, sekaligus akan menggugat usaha kerajaan menangani Covid-19.

“Soalnya, Ahmad Zahid sudah beri tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, jika itu tidak dilakukan ia dianggap satu penderhakaan dan UMNO tidak bersekongkol.

Baca juga:   Covid-19: Gunung Kinabalu ditutup dua minggu

“Tetapi hari ini kerajaan sudah umumkan Parlimen akan bersidang, jadi mereka bertanya apa lagi yang Ahmad Zahid mahu sebab beliau sudah buat desakan dan sekarang ia sudah dilaksanakan, cukuplah tu, kenapa mahu meneruskan juga tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan kepada politik negara,” kata sumber tersebut.

Sumber berkenaan berkata, pendirian untuk terus berada dalam kerajaan bukanlah bermaksud ahli-ahli Parlimen itu mementingkan kedudukan sebagai anggota Kabinet atau Pengerusi GLC sebaliknya ia demi mengelakkan negara terjebak sekali lagi dalam pertelingkahan politik yang akan merugikan rakyat.

Baca juga:   Letak calon ikut parti yang menang kerusi dalam PRU-14

“Rakyat tengah susah, tak kan kita nak tambah lagi dengan bergaduh soal politik pulak, macam mana dengan perpaduan orang Melayu, dah pasti akan berpecah belah lagi,” kata sumber itu.

Difahamkan, ketegasan ahli-ahli Parlimen tersebut dilihat akan menggagalkan usaha kepemimpinan UMNO membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN kerana jika kesemua mereka dipecat daripada parti, ia akan memberi kesan kepada kestabilan politik dalaman UMNO.

“UMNO akan berpecah belah, macam mana pula masa pilihan raya nanti. Kesemua mereka pasti ada penyokong masing-masing dan ia sudah tentu akan menjejaskan undi kepada UMNO, sekaligus boleh menyebabkan UMNO kalah di kawasan terlibat,” sumber berkenaan. 

Sementara itu difahamkan, MCA dan MIC turut menyatakan pendirian akan kekal bersama Kerajaan PN. – Edisi 9

Baca juga:   Pemuda UMNO Sri Gading pula lapor polis terhadap Kadir Jasin

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan