25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga semalam.

Menteri Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin berkata, manakala bagi guru kelas peperiksaan pula, sebanyak 85.17 peratus daripada mereka sudah menerima sekurang-kurang satu dos.

“Bagi kakitangan sekolah pula, 54.52 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan usaha sedang dipergiat bagi meningkat kadar vaksinasi di kalangan kakitangan sekolah,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah mencatatkan rekod 507,050 dos vaksin berjaya diberikan, semalam.

Radzi berkata, ia merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi negara dan kini, Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia.

“Walaupun pada awalnya kadar vaksinasi agak perlahan kerana kekangan bekalan vaksin, namun kejayaan ini membuktikan manifestasi usaha gigih kerajaan bersama seluruh rakyat untuk mencapai imuniti kelompok.

“Sehingga semalam, seramai 46.7 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 21.8 peratus pula telah lengkap menerima vaksin,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan kakitangan sokongan sekolah.

“Yakinlah, cahaya semakin terang di hujung terowong. Ayuh! Kita tingkatkan semangat kebersamaan untuk kita #MenangBersama,” katanya.

Bulan lalu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin memaklumkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun ini akan diberikan suntikan vaksin Covid-19, mulai Julai.

Khairy berkata, mereka akan menerima suntikan vaksin Pfizer yang dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Katanya, sekolah-sekolah terbabit akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dimulakan sejurus sesi persekolahan secara fizikal dilaksanakan semula.

Bagaimanapun baru-baru ini Radzi mengumumkan sesi persekolahan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 31 Ogos, manakala sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan