34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut ditembak kawan rapat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dalam kejadian di Wakaf Tapai di Marang, Terengganu hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa Fong Swee Fuan, 65, mengalami kecederaan di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 2 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, suspek yang berusia 56 tahun itu telah melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah dipercayai milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Semasa meninggalkan tempat kejadian suspek telah mengeluarkan amaran bahawa bersama dia terdapat 75 lagi butir peluru dan akan membunuh seramai yang mungkin sebelum membunuh diri.

“Jadi dalam tempoh itu kita telah menggerakkan segera operasi kita untuk mengesan suspek yang melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan Jeep,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau berkata suspek berjaya diberkas kira-kira jam 4.20 petang di kawasan Durian Mentangau, Dungun.

Rohaimi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek adalah kawan rapat serta tinggal di kawasan sama.

Kata beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan.

Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan