29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

39 lokaliti dikenakan PKPD, 31 daripadanya di Sabah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 31 lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang menyaksikan 11 daripadanya di Tuaran.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, turut dikenakan PKPD ialah 8 lokaliti di Kelantan dan Pahang berikutan trend jangkitan Covid-19.

Di Sabah, kata beliau lokaliti-lokaliti di daerah lain ialah empat di Sandakan, masing-masing tiga di Penampang dan Tawau manakala dua lokaliti masing-masing di Kinabatangan, Tenom dan Putatan.

‘’Turut terlibat ialah di Kota Marudu, Penampang, Kudat dan Papar,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 11 lokaliti di Tuaran alah di Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop dan Kampung Sungai Damit dan Kampung Simpangan.

HISHAMMUDDIN HUSSEIN – Sumber: Bernama

‘’Dua lagi ialah Taman Sri Ruganding dan Taman Telipok Ria manakala empat lokaliti di Sandakan yang terlibat ialah Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-6 Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni,’’ katanya.

Menurut Hishammuddin, tiga lokaliti di Penampang pula ialah Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2.

Di Tawau, tiga lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik dan Taman Perwira Ranggu.

‘’Di Kinabatangan dua lokaliti terlibat ialah Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1, di Tenom Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani manakala di Putatan Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat,’’ katanya.

Beliau memaklumkan, selain kawasan-kawasan itu, PKPD juga terpaksa dilaksanakan di Kampung Talantang 1, Kota Marudu, Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 Penampang, Kampung Ayer, Kudat dan Kampung Pengalat Besar, Papar.

‘’Di Kelantan enam perkampungan Orang Asli dikenakan PKPD iaitu di Pos Brooke Gua Musang ialah Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau,’’ katanya.

‘’Dua lokaliti di Pahang yang akan dilaksanakan PKPD ialah Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin,’’ katanya.

Mengenai Pasukan Task Force Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 52 premis meliputi 10 buah kilang, 39 premis perniagaan dan tiga tapak pembinaan diarahkan tutup serta merta.

‘’Tindakan itu dilakukan selepas mereka didapati gagal mematuhi SOP ketika pemeriksaan oleh pasukan tersebut,’’ katanya.

Pada masa sama, kata beliau, seramai 330 individu dikompaun dan 25 direman kerana melanggar SOP. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan