25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

12,366 kes baharu, Lembah Klang catat peningkatan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Penularan pandemik Covid-19 di Lembah Klang terus menunjukkan peningkatan apabila Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan 7,108 kes daripada keseluruhan 12,366 kes baharu dilaporkan semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Selangor mencatatkan 5,524 kes berbanding 4,404 kes kelmarin manakala WP Kuala Lumpur merekodkan 1,580 kes berbanding 609 kes sehari sebelumnya. Tujuh lagi negeri turut mencatatkan peningkatan walaupun dalam jumlah yang kecil.

Negeri-negeri itu ialah Sabah  657 kes berbanding 651 kes sebelumnya, Sarawak 351 kes (301 kes), Pulau Pinang 460 kes (426 kes), Kelantan 179 kes (170 kes), Terengganu 190 kes (144 kes), WP Putrajaya 50 kes (48 kes) dan Perlis 1 kes (2 kes).

Negeri Sembilan antara negeri-negeri yang menyaksikan sedikit penurunan apabila mencatatkan 970 kes baharu berbanding 1,340 kes sehari sebelumnya. 

Baca juga:   Dua hari berturut-turut, kes harian Covid-19 bawah paras 5,000

Negeri lain-lain yang mencatatkan penurunan ialah Johor 793 kes berbanding 876 kes sebelumnya, Kedah 701 kes (705 kes), Perak 295 kes (324 kes), Melaka 474 kes (309 kes), Pahang 288 kes (475 kes) dan WP Labuan 17 kes (24 kes).

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 93 kematian direkodkan hari ini dengan kes kematian tertinggi di Selangor sebanyak 31 kes diikuti Johor (16 kes) dan Melaka sebanyak sembilan kes.

Baca juga:   'Jetman Dubai' terbunuh ketika sesi latihan

Lain-lain negeri ialah di Kedah sebanyak lapan kes , Pahang (7), Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing lima kes, dua kematian di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak serta satu kes di Terengganu.

Bagi kadar kebolehjangkitan pula, berdasarkan data sehingga semalam, nilai RT seluruh negara ialah sebanyak 1.14 manakala negeri yang mencatat nilai RT tertinggi ialah Terengganu iaitu 1.30.

“Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (1.24), Sabah (1.23), Putrajaya (1.22), Pulau Pinang (1.20), Johor (1.18), Negeri Sembilan (1.17) dan Pahang dengan nilai RT 1.16.

“Selain itu Selangor mencatatkan nilai RT 1.15, Melaka (1.14), Kuala Lumpur (1.10), Perak (1.10) dan Kelantan dengan nilai RT 1.09,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan