25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

NCSM, MYWATCH bantu inisiatif jangkauan vaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MYWATCH) serta beberapa rakan persatuan perkhidmatan komuniti yang lain akan mula membantu Kementerian Kesihatan dalam inisiatif jangkauan vaksin dalam jangka masa terdekat.

Inisiatif jangkauan vaksin itu akan melibatkan program vaksinasi kerumah individu yang amat uzur, terlantar serta individu yang kurang upaya (OKU) termasuk pesakit kanser dan yang menghidapi penyakit serius yang tidak membolehkan mereka pergi sendiri ke pusat penerimaan vaksin awam.

NCSM dan MYWATCH akan menggembleng tenaga dan menumpukan sumber kewangan dan sukarelawan untuk tujuan ini dan sentiasa sedia membantu negara tercinta apabila diperlukan, seperti yang berlaku ketika ini.

Presiden NCSM, Datuk Dr Saunthari Somasundaram berkata, sepanjang pandemik COVID-19, pihaknya bertungkus-lumus memastikan pesakit dengan penyakit kronik, termasuk kanser, menerima penjagaan dan perawatan yang diperlukan melalui pelbagai inisiatif yang telah dijalankan.

“Apabila Kementerian Kesihatan menghubungi kami untuk membantu dalam inisitatif vaksinasi ini, kami tidak teragak-agak untuk membantu kerana menyokong penuh segala usaha vaksinasi negara akan membantu seluruh negara kembali pulih secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Presiden MYWATCH, Roslizawati Md Ali memberitahu, NGO telah menyokong usaha kebangsaan dalam menangani pandemik melalui pelbagai cara.

“Antaranya, menyediakan peralatan dan keperluan perubatan di hospital kerajaan sehinggalah rancangan pembekalan makanan bagi golongan asnaf dan pesakit di hospital.

“Menyokong usaha vaksinasi yang merupakan di antara keperluan terpenting negara ketika ini adalah sesuatu yang pihak kami sentiasa sedia dipanggil untuk berkhidmat,” jelasnya.

Advertisements

Program jangkauan vaksin tersebut akan dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan dan akan dilaksana secara berperingkat di seluruh negara secepat mungkin.

NCSM dan MYWATCH membuat permohonan untuk sukarelawan yang bersedia menyokong dan membantu program jangkauan vaksinasi rumah-ke-rumah yang terdiri daripada profesional kesihatan seperti doktor, jururawa dan pembantu pegawai perubatan serta orang awam/

Mereka yang berminat boleh menghubungi Navi di talian 03-26987300, e-mel kepada [email protected] atau mengisi borang melalui pautan https://forms.gle/zU1LyiJJJTkEigqS8.

Penjaga pesakit yang uzur, terlantar dan individu kurang upaya juga boleh mendaftarkan individu di bawah jagaan mereka untuk dimasukkan ke dalam program jangkauan vaksin rumah-ke-rumah.

Senarai pesakit yang didaftarkan akan dinilai dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

NCSM dan MYWATCH menjelaskan bahawa mereka tiada kawalan dalam proses pemilihan pesakit dan hanya membantu mendaftarkan mereka yang masih belum berbuat demikian.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdzK3yzqJYtnxcNQVgozuK2hjPXYEKBguDRzLtg5JCOYSLU1w/viewform.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi [email protected] atau talian 1800-88-1000. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan