31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6,241 kes baharu, 30 kluster, 890 ICU, 87 kematian

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kes baharu COVID-19 hari ini terus mencatat penurunan apabila merekodkan 6,241 kes berbanding 7,452 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, berikutan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 616,815 kes.

Dalam kenyataan beliau berkata, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,178 diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271) dan Kelantan (270).

Beliau berkata, sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain 890 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 444 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. 

‘’KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan Covid-19,’’ katanya.

Beliau berkata, mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dan kes-kes kematian Covid- 19 terutamanya selepas 1 April lalu.

‘’Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu Covid-19 dan kes kematian Covid-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ia dilaporkan.

‘’Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana- mana kes atau kluster sedia ada,’’ katanya.

Sehubungan itu Dr.Noor Hisham menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan sebagainya.

‘’Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes- kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan