24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

5,671 kes baharu, KKM kesan 23 kes varian membimbangkan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,671 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 639,562 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,510 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 769 kes, Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524), Kedah (309), Kelantan (262), Sabah (233), Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106), Putrajaya (18).

Melalui kenyataan dalam Facebook, Dr. Noor Hisham  turut memaklumkan sebanyak 23 kes Varian Yang Membimbangkan (VOC) Covid-19 dikesan dalam negara, hasil survelan genomik secara berterusan dari 3 hingga 8 Jun, dengan 19 daripadanya varian Beta (B.1.351), manakala empat kes varian Delta (B.1.617.2).

Katanya, kes varian Beta (B.1.351) yang dilaporkan adalah merangkumi lapan kes di Selangor, tiga di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.

Advertisements

Manakala varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan adalah masing-masing dua kes di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 161 kes, dengan 145 kes VOC dan 16 kes VOI.

Jumlah VOC yang dilaporkan adalah 123 kes varian Beta (B.1.351), 13 kes varian Delta (B.1.617.2), sembilan kes varian Alpha (B.1.1.7), manakala VOI dikesan adalah 12 kes varian Theta (P.3), tiga varian Eta (B.1.525) dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1).

“Kementerian Kesihatan akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit, termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan Covid-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti,” katanya.

Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga, bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan