29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jangan fikir kalian kebal, Dr. Nor Azimi tegur kluster raya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus membidas kelompok yang mengabaikan pematuhan SOP apabila tetap ziarah menziarah sehingga tercetus kluster raya.

Kata beliau, “Kita terang terang bagi nasihat tangguh rentas negeri tangguh semua majlis raya atau ziarah raya. Nak elak perkara ini tapi kalian berterusan melanggar SOP. Mungkin kalian fikir kalian kebal dengan jangkitan Covid 19.”

Berikut catatan penuh beliau yang dipetik dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia:

Kluster Raya telah kita jangka dan masa yang ditunggu telah tiba. Ianya telah membuahkan hasil di daerah Hulu Terengganu. Daerah yang sebelum ini berstatus HIJAU yang agak lama sebelum bertukar ke status merah dalam sekelip mata.

Gara-gara masih ada yang melanggar SOP hanya kerana ingin beraya. Rentas negeri masa raya dan ziarah raya. Akhirnya seluruh mukim Kuala Berang dilaksanakan PKPD bagi membendung penularan yang besar.

Sekelip mata terdapat 124 kes aktif yang disumbangkan oleh 5 kluster aktif di Hulu Terengganu. Antaranya Kluster LH. Ada sejarah balik dari Johor 2 hari sebelum raya. Ada pula ziarah raya antara ahli keluarga terdekat.

Akhirnya seramai 24 orang disahkan positif. Merebak ke pasar pula di mana 4 pekerja am di pasar itu telah disahkan positif. Bagaimana risiko peniaga dan pembeli di situ. Semuanya terdedah dan ditakuti jangkitan telah meluas tanpa sedar.

Kluster sebuah taman perumahan. Balik beraya di Bentong dan tergamak balik beraya pulak dengan jiran-jiran. Akhirnya 6 disahkan positif dan kontak rapat juga menjangkau ratusan orang.

Samalah kisah seorang balik dari Johor untuk berkawin. Tapi masih melakukan ziarah raya dengan famili terdekat. Akhirnya 5 dikesan positif. Kontak rapat masih dikesan.

Kluster terbaru di Mukim Hulu Telemong pula, ada sejarah balik beraya dari Melaka dan sudah kembali semula ke Melaka. Balik dalam keadaan bergejala. Sudah menular ke sebuah pejabat pula. Akhirnya 10 pekerja pejabat disahkan positif. Kontak rapat sedang dikesan.

Kenapa begini sikap kalian? Nak kata tak tahu rasanya bersepah nasihat melalui media masa diberikan bersabit SOP raya. Tu namanya memperlekehkan SOP.

Jawapan skema majoriti kes “Ingat kan tak ada apa-apa”. Habis selama ini mereka ingat Covid 19 tu rekaan sahaja ke?

Sebuah kisah di Mukim Tanggol. Seramai 14 orang ziarah ahli keluarga yang meninggal di daerah Marang. Rupanya di sana ada kes positif. Kesemua 14 orang disahkan positif. Kalau 14 orang ini DUDUK RUMAH boleh tahan lagi. Jika gerak sana sini kita agak 140 orang lagi akan terdedah.

Kalau betul ada keperluan untuk ziarah kematian, memadai seorang atau dua orang sahaja pergi dan PATUH SOP sepenuhnya. Ini tidak…

Akhirnya menular ke masjid pula bila mana seorang bilal dan jemaah disahkan positif. Berapa ramai jemaah dan ahli keluarga jemaah terdedah. Bayangkan…

Kita terang-terang bagi nasihat tangguh rentas negeri, tangguh semua majlis raya atau ziarah raya. Nak elak perkara ini tapi kalian berterusan melanggar SOP. Mungkin kalian fikir kalian kebal dengan jangkitan Covid-19.

Sekarang musibah telah berlaku angkara tangan sendiri bukan tangan orang lain. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Hakikatnya kita yang salah. Akhirnya kita nangis sama-sama melihat angka kematian meningkat setiap hari merentas sempadan umur. Jangan sampai katil ICU di Terengganu sudah tidak berbaki.

Masih tak berbekas ke hati nurani kita?

Daerah Hulu Terengganu tidak boleh lagi dianggap daerah selamat. Sekarang ini bukan Mukim Kuala Berang sahaja yang ada kluster. Mukim Hulu Telemong dan Mukim Tanggol juga sudah dilanda badai Covid-19. Jika perlanggaran SOP berterusan maka bersedia rakyat Hulu Terengganu menghadapi kluster yang lebih besar.

Kalau kita nak kawal dan putus rantaian cepat DUDUK RUMAH belaka semua. Keluar bila perlu sahaja. Tak ada siapa sanggup berlama-lama begini hampir 2 tahun. Nak royat guana lagi. Cuba gok fikir sikit.

Tiada siapa yang selamat kecuali semua orang selamat.

Pengumuman lockdown bermula 1 Jun sungguh melegakan. Diharap tindakan ini berserta KAWALAN KENDIRI mampu memutuskan jangkitan dengan cepat.

Namun impak Kluster Raya sedang aktif maka kes dijangka terus meningkat. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan