25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Frontliner’ diseru terus berjuang hadapi varian baharu Covid-19

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas barisan hadapan negara untuk terus berjuang menentang wabak Covid-19.

Menurut beliau, tambahan pula dengan varian-varian baharu virus tersebut yang semakin mengganas menjangkiti lebih ramai orang dan mengakibatkan kes kematian semakin tinggi.

“Buat semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara, teruskan berjuang menentang wabak Covid-19. Kita adalah benteng pertahanan negara melawan jangkitan Covid-19.

“Walaupun kita kelesuan mental dan fizikal, marilah kita bersama beristiqamahlah dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita.

“Bertawakkal kepada Allah SWT atas segala dugaan dan cabaran ini,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan selamat hari raya Aidilfitri menerusi Facebooknya hari ini.

Sementara itu Bernama melaporkan, Noor Hisham sebagai berkata, petugas kesihatan telah berperang untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 16 blan dan kebanyakan mereka semakin lesu dan letih dari segi mental dan fizikal.

Advertisements

“Tapi kalau kita tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 maka ramai komuniti akan dijangkiti virus ini,” katanya ketika mengadakan sesi tinjauan di Hospital Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, KKM juga telah bersiap siaga dengan penyediaan peralatan dan faisliti kesihatan bagi menghadapi pandemik Covid-19 ditambah lagi jenis varian baharu yang dikenal pasti dalam negara.

Beliau mengulangi peringatan mesranya agar rakyat sentiasa duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu seorang penolong pegawai perubatan hospital berkenaan, Mohamad Zahid Omar, 27, berkata, biarpun sedih tidak dapat beraya di kampung namun bersyukur diberi kesempatan berbakti kepada negara dan rakyat pada hari bermakna ini/

“Ini musim pandemik, dan menjadi tanggungjawab saya agar menjalankan tugas yang terbaik dalam memastikan kesihatan rakyat terbela,” katanya beliau yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan