32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jijik! Lelaki tunjuk kemaluan, onani dalam LRT

Mesti Baca

SUBANG JAYA – Seorang lelaki didapati melakukan aksi menjijikkan dalam gerabak LRT baru-baru ini iaitu menunjukkan kemaluannya dan melakukan onani.

Perbuatan tidak senonoh itu dilakukannya di hadapan seorang gadis berumur 19 tahun yang duduk bersetentangan dengannya.

Gadis terbabit merakam kejadian berkenaan dan video yang menunjukkan aksi keji itu seterusnya tular setelah dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Fishy pada 6 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Aimihizam Abdul Shukor berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4 April lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurut beliau, pengadu menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menghala ke Stesen Taman Melawati.

“Semasa melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, telah datang suspek dan duduk di kerusi berhadapan dengan pengadu sebelum melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

“Pengadu sempat merakam sebahagian perbuatan suspek tersebut.

“Sehingga kini, identiti suspek masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Aimihizam memberitahu, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

Advertisements

Beliau menambah, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang Malaysia dan tidak berkelakukan melampaui batas,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut.

Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Netizen menyuarakan kekesalan mereka setelah video yang menayangkan aksi keji lagi menjijikkan itu tular dalam media sosial.

Malah, ada yang menyarankan supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu disembur dengan air pemedih mata.

Sementara itu, RapidKL melalui akaun Twitter rasminya telah meminta Fishy mengemukakan maklumat supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Muka suspek agak sukar dikenal pasti memandangkan dia memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan LRT.

Mungkin maklumat dari imbasan aplikasi MySejahtera boleh digunakan bagi mengesan suspek yang menaiki LRT pada waktu kejadian berlaku. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan