32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

60 penduduk Padang Terap terima bantuan rumah kediaman

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA NERANG – Impian mendiami rumah kediaman yang lebih selesa menjadi kenyataan bagi 60 penduduk di kawasan Parlimen Padang Terap.

Mereka merupakan antara penduduk yang terpilih menerima bantuan perumahan di bawah inisiatif Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, projek bantuan perumahan itu dibina dengan kos RM9.5 juta.

“Bantuan perumahan ini saya fikir amat bermakna buat penduduk khususnya golongan kurang mampu untuk memiliki rumah kediaman yang selesa.

“Kerajaan memang sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk melihat rakyat hidup dalam suasana yang selesa dan berkualiti,” katanya.

Mahdzir berkata demikian selepas menyampaikan replika kunci rumah kepada 60 penduduk perumahan Taman Desa Pudina, Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kubang Kenyeng, Padang Terap hari ni.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang juga Pengerusi KEDA; ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin; ADUN Kuala Nerang, Munir Mohamad Yusof Zakaria; Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman dan Pengurus Besar KEDA, Kamaruddin Abd. Akib

Tambah Mahdzir, projek perumahan itu dilaksanakan bermula pada tahun 2017 dan kini sedia untuk didiami oleh penduduk yang terpilih.

“Syukur projek bantuan perumahan ini berjaya disiapkan tepat pada masanya lebih-lebih lagi menjelang kita nak menyambut bulan Ramadan dan juga Aidilfitri tidak lama lagi, sekaligus membolehkan mereka yang menerima sumbangan rumah ini mendudukinya sebelum menjelang tiba Ramadan dan Aidilfitri”. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan