27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Jumlah kes positif harian naik semula lebih 2,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes harian baharu COVID-19 di seluruh negara kembali mencatatkan angka melebihi 2,000 kes hari ini.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah seperti berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini jumlah kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 3,085 kes (266,846 kes kumulatif, 90.2%);

Kes baharu : 2,253 kes (295,951 kes kumulatif);

Kes import : 7 kes (3 warganegara; 4 bukan warganegara)

Kes tempatan : 2,246 kes [1,324 warganegara (58.9%); 922 bukan warganegara (41.1%)];

Kes aktif : 27,994 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 201 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 93 kes; dan

Kes kematian : 11 kes (1,111 kes kumulatif, 0.38%).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Johor. Sebanyak lapan (8) kes melibatkan warganegara dan tiga (3) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Negeri Selangor melaporkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 633 kes (28.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 520 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Perak sebanyak 545 kes (24.2 peratus) dan Johor sebanyak 276 kes (12.3 peratus).

Junlah kes positif 2,253 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 633 kes
143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia, Kluster Teknologi Emas, Kluster Jalan Jenjarum, dan Kluster Bukit Putra;
377 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 545 kes
539 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Columbia;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 276 kes
127 kes daripada kluster-kluster, termasuk 64 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Simpang Tiga Muar dan Kluster Jalan Mega Satu;
75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara;
73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 250 kes
83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 129 kes
49 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merotai Besar;
56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 122 kes
17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Empat (4) kes import dari luar negara; dan
55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 93 kes
33 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Genting Terang;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 73 kes
33 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Telekong;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 68 kes
38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 25 kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 21 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Baca juga:   SPRM boleh siasat pemimpin PAS 24 jam sehari

Melaka: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Baca juga:   PM kuarantin kendiri 2 minggu

Perlis: Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

jumlah

Sebanyak 95 kes (4.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (54 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (28 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Februari 2021:

Jumlah kluster : 1,121 kluster;

Jumlah kluster baharu : 10 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 628 kluster (termasuk 16 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex);

Jumlah kluster aktif : 493 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 91 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (474 kes), Kluster Simpang Tiga Muar (55 kes), dan Kluster Tembok Tapah (54 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8) kluster berkaitan tempat kerja dan dua (2) kluster melibatkan komuniti.

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER BUKIT PUTRA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bukit Rahman Putra Industrial Park, Sungai Buloh. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 357 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEKNOLOGI EMAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran dengan Jalan Emas, Kuala Langat. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN JENJARUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jenjarum 28/39, Shah Alam. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN FREESIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Freesia, Kuala Langat. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 343 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG COLUMBIA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271719) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Columbia, Ayer Tawar, Manjung. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SIMPANG TIGA MUAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Simpang 3, Parit Jamil, Muar. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 377 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   Kes gejala serius indikator baharu PPN - Tengku Zafrul

KLUSTER JALAN MEGA SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   Dr Zulkifli sahkan positif Covid-19, pastikan bantuan diteruskan

KLUSTER MEROTAI BESAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273272) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah premis perniagaan yang terletak di Jalan Tawau-Kalabakan, Merotai Besar, Tawau. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER GENTING TERANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-277285) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Genting, Balik Pulau. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 133 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG TELEKONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-272034) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Telekong, Kuala Krai. Sehingga 26 Februari 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2020 DALAM NORMA BAHARU

Peperiksaan awam untuk calon-calon peperiksaan bagi tahun 2020 di Malaysia telah dan masih sedang berlangsung dari bulan Februari 2021 hingga bulan April 2021. Ini dimulakan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 22 Februari hingga 25 Mac 2021. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon peperiksaan awam bagi tahun 2020.

KKM juga ingin menasihati semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan awam termasuk calon, petugas peperiksaan, pihak pentadbir, ibu bapa, dan penjaga supaya sentiasa mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam dalam norma baharu yang telah ditetapkan.

Calon peperiksaan perlu memastikan bahawa mereka sihat dan tidak bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, dan sesak nafas semasa hadir ke mana-mana pusat peperiksaan. Untuk itu, calon dikehendaki mengisi borang deklarasi saringan COVID-19 bagi mengisytiharkan status kesihatan mereka setiap hari.

Sepanjang minggu peperiksaan, ibu bapa perlu sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menunjukkan sebarang gejala.

Semasa di pusat peperiksaan, langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu sentiasa diamalkan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci atau mensanitasi tangan, tidak berkongsi peralatan atau alat tulis dengan calon lain, serta mematuhi penjarakan fizikal. Perkara ini perlulah sentiasa diamalkan sebelum, semasa mahupun selepas menjalani peperiksaan. Calon juga disarankan untuk menghadkan pergerakan mereka dan mengurangkan kontak sepanjang musim peperiksaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 serta dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jayanya.

KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pihak pentadbir sekolah akan sentiasa mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan calon boleh menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan sihat. – EDISI 9

Terkini

500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi berjaya diselesaikan MySejahtera dalam tempoh seminggu...

Lagi Artikel Berkaitan