32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ujian Covid-19 Ahmad Zahid negatif

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keputusan ujian calitan Covid-19 yang dibuatnya semalam adalah negatif.

Dalam catatan Facebook beliau, Ahmad Zahid berkata, berita gembira itu diketahui pada pukul 7.44 pagi selepas doktor menghubungi isterinya dan memaklumkan perkhabaran tersebut.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif,” tulisnya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, semalam, beliau juga melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) di rumah.

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19,” tambahnya.

Advertisements

Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, termasuk dihadiri Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, beberapa hari lalu.

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Berhad hari ini, disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Selain Tajuddin, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz juga positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin diri di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Beberapa pemimpin UMNO yang hadir ke ibu pejabat parti itu sebelum ini juga diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan