32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemilik akaun TNB nikmati rebat 2 sen/kWj 2021

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menikmati rebat 2 sen per kiloWatt sejam (kWj) selain purata tarif asas elektrik kekal pada kadar 39.45/kWj mulai 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

Langkah itu secara tidak langsung membolehkan semua pengguna domestik dan bukan domestik menjimatkan kos penggunaan elektrik mereka.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, rebat itu buat pertama kali bakal dinikmati oleh semua pengguna TNB yang mana kali terakhir rebat tersebut dinikmati rakyat adalah pada tahun 2018.

Menurutnya, pemberian rebat itu diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh levatori kedua di TNB di bawah mekanisme IBR hingga 30 Disember 2021.

“Kerajaan bertuju untuk melepaskan kos bahan api kepada semua pengguna TNB berikutan penurunan harga tenaga api, arang batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020 bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun.

Advertisements

“Dengan pemberian rebat sebanyak 2 sen sukacita saya sebut seramai 7.5 juta pengguna domestik akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 3.6 peratus hingga 9.2 peratus.
“Pengguna komersial pula akan mengalami penurunan antara 4 peratus hingga 5.2 peratus,” katanya pada sidang media, hari ini.

Shamsul Anuar dalam pada itu berkata, pengguna industri pula mengalami penurunan di antara 4.6 peratus hingga 6.6 peratus.

Tarif elektrik bagi Kulim Hi Technology Park ujarnya turut mengalami penurunan yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia menerusi laman sesawang rasminya.

“Keputusan ini dapat membantu meringkan kos hidup rakyat serta menurunkan kos bagi menjalankan perniagaan berikutan penularan Covid-19 dan mampu memberi kelegaan kepada mereka,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan