24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

UMNO terus sokong PN, mampu redakan suhu politik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR 27 Okt – Keputusan Majlis Tertinggi UMNO malam tadi yang memutuskan untuk terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional dijangka mampu meredakan suhu politik negara.

Ia memandangkan pendirian parti itu amat penting bagi menentukan kedudukan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini pelbagai spekulasi timbul yang menyatakan ada ahli-ahli Parlimen UMNO akan memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdan Menteri.

Malah ia semakin panas apabila, Biro Politik UMNO memutuskan untuk menimbang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun segalanya sudah terjawab dengan keputusan terbaru yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi malam tadı.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mengekalkan keputusan terdahulu tidak akan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Advertisements

‘’Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus,’’ katanya.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, UMNO juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

‘’UMNO juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,’’ katanya.

UMNO juga kata Ahmad Zahid menjunjung kasih di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.

‘’Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

”UMNO juga mendokong sepenuhnya titah dan saranan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan,,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan