27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 5, 2022

Dr Zulkifli sahkan positif Covid-19, pastikan bantuan diteruskan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau positif  Covid-19 dan sedang menjalani rawatan.


Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya, Dr Zulkifli berkata, Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.


“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.


“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,” tulis beliau lagi

Dr Zulkifli dalam pada itu memberitahu, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah beliau. 


Menurutnya,program-program Musa’adah Covid-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.


“Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. 


“Pandemik Covid-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah,” katanya.


Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, beliau berdoa semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap Covid-19 termasuk dirinya. 

Baca juga:   Darurat gagal halang penyebaran Covid-19 - Najib


“Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada,” katanya.

Baca juga:   Benarkan terima tetamu, elak lebih banyak hotel 'bungkus'

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2020 telah disahkan positif jangkitan Covid-19.

NOOR HISHAM ABDULLAH – Foto Bernama

“Pada ketika itu, memang beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19. Oleh yang demikian, kini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif Covid-19,” katanya.

Noor Hisham berkata,pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan calitan bagi pengesanan jangkitan Covid-19. 


Ujarnya, kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan Covid-19. 

“Mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. 

Baca juga:   Jangkitan baharu COVID-19 hampiri 16,000 kes

“Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut,” tambahnya.

Baca juga:   KPLB perkenal program TVET Junior di GiatMARA

Terkini

Khidmat, jasa Bad demi negara dihargai

SETELAH bertarung nyawa akibat sakit tua, Bad iaitu anjing Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Lagi Artikel Berkaitan