32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dahulukan kebajikan, beri jaminan kelangsungan hidup rakyat – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mendahulukan kebajikan serta memberi jaminan kelangsungan hidup rakyat sebelum melaksanakan sebarang tindakan drastik termasuk darurat.

Kata bekas perdana menteri itu, setiap keputusan yang dibuat kerajaan perlu ada aspek kebajikan rakyat kerana keadaan amat tidak menentu, tidak stabil dan tidak berada di landasan yang diinginkan

Menurutnya, rakyat kini makin tersepit manakala peniaga makin terhimpit ketika kehidupan amat perit bagi ramai orang.

“Dahulukan kebajikan dan beri jaminan kelangsungan hidup rakyat. Keselamatan dan kesihatan penting tetapi jangan abaikan keperluan rakyat.Utamakannya.

Advertisements

“Selama 9-10 tahun saya telah kata, ‘Rakyat Didahulukan’. Namun pada 2018, (kerajaan) tidak peduli rakyat dan 2019 tidak….,”tulisnya dalam hantaran Facebook beliau, malam ini.


Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau hanya mampu bersuara guna Facebook.


“Namun, saya akan terus berdoa untuk semua.Di mana boleh, saya akan terus berikan pandangan.


“Saya mahu suara rakyat didengari dan dihormati,”katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan