25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

SPRM siasat pencerobohan tanah Raub, pencemaran Sungai Gong

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah memulakan siasatan berkaitan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub, Pahang.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

“Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan.

“Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM juga telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.

Advertisements

“SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, SPRM  membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini agar pihak polis menjalankan siasatan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, kerana membuat aduan palsu.

Tegas SPRM, suruhanjaya itu ingin menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saifullah  terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti SPRM.

“Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen  Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan