29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hanya strategi Anwar naikkan nama, partinya – Shamsul Anuar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR  – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa hanya mahu menimbulkan semula nama dan partinya yang ketika ini tenggelam semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di sebalik dakwaan beliau mempunyai sokongan untuk membentuk kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, strategi ahli Parlimen Port Dickson itu mudah untuk dibaca.

“Ingat tidak peristiwa 19 September 2008? Kali ini buat spekulasi lagi. Apatah lagi nama dan partinya terus tenggelam ketika PRN Sabah.

“Saya rasa elok semua jentera Barisan Nasional (BN) terus fokus dan tumpukan usaha untuk BN memenangi semua kerusi yang ditandingi. Dan kita kalahkan Warisan terutama PKR semasa Pilihanraya Negeri Sabah.

“Mari terus kita  bekerja untuk pastikan BN kembali berkuasa. Biarkan Anwar terus dengan mimpi dan strategi beliau yang mudah dibaca,” kata Menteri  Tenaga dan Sumber Asli itu dalam Facebook, hari ini.

Anwar menerusi satu sidang media hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini, dan menambah beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Menjawab pertanyaan pemberita, Anwar berkata beliau boleh membuktikan sokongan itu, “secara konklusif”, yang menurutnya bukan kelebihan “satu, lima, atau enam” tetapi hampir 2/3.

“Mereka ahli Parlimen dari pelbagai parti, sudah tentu ada ahli Parlimen daripada pihak pemerintah.

“Majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam,” dakwanya.

Selain itu, Anwar mengumumkan beliau membentuk suatu pakatan baharu dengan rakan-rakan baharu.

“Sudah tentu ini pakatan baharu…saya perlu bincang dengan rakan baharu, termasuk rakan baharu yang kuat itu,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan