25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

7 sekeluarga maut sempat bercuti di Pangkor, Cameron sebelum kemalangan

Mesti Baca

IPOH – 10 sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 5 Jalan Keramat Pulai berhampiran Simpang Lubuk Timah, semalam dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Serdang, Kedah selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.

Kesemua mangsa bermalam di Cameron Highlands pada Isnin selepas mengunjungi Pulau Pangkor sehari sebelumnya dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang dikatakan disewa.

Kemalangan kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku selepas kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Badlishah dan Kampung Indah di Serdang.

Tujuh mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Zairul Mat Isa, 34; ibunya, Fatimah Mat Isa, 68; isteri Mohd. Zairul, Noratiqah Abd. Hamid, 30 dan anak mereka, Nur Qaseh Damia, 4.

Tiga yang lain ialah sepupu Mohd. Zairul iaitu Hasliza Mahmud, 40; suaminya, Zulkifli Shuib, 49; dan anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Mangsa yang cedera pula ialah anak Mohd. Zairul iaitu Muhammad Haziq Zikri, 9, dan dua anak Hasliza iaitu Firash Mikael Azrie Shah, 11, serta seorang lagi yang dikenali dengan nama Apit.

Mohd Zakri Mat Isa, 37, bapa saudara kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul ketika ditemui berkata, dia terlalu sedih dengan persoalan diajukan anak saudaranya.

KEMALANGAN ngeri membabitkan sebuah lori dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands petang ini. – Foto FB INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS

“Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang sahaja ke yang hidup?”

Pertanyaan itu amat menyentuh Mohd Zakri yang bertemu dengan anak saudaranya itu kira-kira pukul 5 pagi tadi untuk memantau keadaannya.

Advertisements

Katanya yang dipetik Sinar Harian, anak saudaranya itu sempat bertanya keadaan nenek, ayah, mak dan adiknya sebaik dia sedar.

“Haziq ni memang petah budaknya, dia cerita yang ketika kejadian dia tidur dan sedar-sedar dah ada di hospital.

“Seolah-olah tahu akan kejadian yang berlaku ke atas keluarganya, dia bertanya adakah hanya tinggal dia seorang sahaja yang hidup,” katanya.

Haziq yang terselamat dalam kejadian itu mengalami patah tangan kanan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Selain itu, Apit masih ditempatkan di zon merah HRPB akibat cedera parah.

Mohd Zakri berkata, sebagai bapa saudara, dia tidak sampai hati untuk menceritakan perihal sebenar kejadian itu.

“Memang saya tak sampai hati nak beritahu mak ayahnya sudah tiada, tetapi dia beritahu yang dia dah tahu selepas diberitahu sendiri oleh ibu saudaranya,” katanya.

Pasangan Mohd Zairul yang bekerja sebagai peniaga dan Nuratiqah baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Indah, Serdang.

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan