28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Wanita sebak ‘rider’ mengaku terlanggar kucing melalui nota

Mesti Baca

MASALAH haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing melintas jalan secara mengejut sering menyebabkan berlakunya kemalangan, terutama membabitkan penunggang motosikal.

Bagi mereka yang membela haiwan-haiwan tersebut dan tidak mengurungkan di dalam sangkar atau mengikatnya, kejadian kucing atau anjing hilang merupakan perkara biasa kerana kadang-kadang haiwan itu menemui ajal di jalan raya tanpa disedari pemiliknya.

Selain itu, ada juga haiwan tersebut yang menemui ajal kerana dibunuh oleh manusia yang membenci mereka kerana sering mencuri makanan atau membuang najis di merata-rata di halaman rumah orang.

Bagi seorang pengguna Facebook, Rosliza Saad, kematian kucingnya baru-baru ini sememangnya amat menyedihkan kerana dia dan keluarga menyangka haiwan kesayangannya itu mati akibat diracun oleh manusia yang kejam.

Bagaimanapun, misteri kematian haiwannya terjawab apabila baru-baru ini dia mendapat satu nota yang ditulis atas kertas pembungkus makanan MdDonalds yang penulisnya, seorang penghantar makanan Food Panda mengaku terlanggar kucing tersebut.

Rosliza dalam catatan Facebooknya berkongsi cerita mengenai kejadian tersebut berasa amat terharu apabila terbaca pengakuan penghantar makanan tersebut yang meminta maaf kerana terlanggar kucing itu yang keluar dari rumah secara tiba-tiba.

Dalam nota itu, penghantar makanan tersebut menulis:

Advertisements

“Salam Tuan Rumah, Saya minta maaf terlanggar kucing warna putih keluar dari pagar rumah no 15 ni. Saya x (tidak) sempat brek, saya letak kat tepi pagar.

“Harap kucing putih x (tidak berlaku) apa2 sbb dia melambung. Saya betul-betul minta maaf. Harap tuhan x tarik rezeki saya sebab terlanggar kucing. Maafkan saya Tuan Rumah.”

Pengakuan jujur rider tersebut membuatkan Rosliza dan keluarganya berasa terharu dan mereka sememangnya sedia memaafkan penghantar makanan (rider) tersebut kerana menanggap kejadian tersebut sememangnya adalah dengan ketentuan Allah.

“Berderai air mata kami semula saat membaca bait surat ni..
Ya Allah.. jujurnya rider ni. Dengan nama Allah yg maha mengasihi dan mengasihani.. kami maafkan..
“xde (tiada) sekelumit pun rasa marah terbit dalam hati kami.. sesungguhnya kita semua milik Allah. Hanya setakat itu Allah izinkan kami menjaga dia..,” kata Rosliza lagi dalam Facebooknya yang menjadi viral di media sosial.

Rosliza dan keluarganya malahan berterima kasih atas kejujuran rider tersebut dan juga meletakkan kucing kesayangan mereka di tepi pagar rumah selepas tidak sengaja melanggarnya.

“Ya Allah.. sedihnya kakak nak type (menulis) ni.. semoga Allah terus murah kan rezeki kamu.. semoga Allah balas kebaikan kamu.

“Kakak harap, posting ni sampai kat kamu, Sekiranya kamu adalah orang yang kami maksudkan.. datang la semula ke rumah kami.. ada sesuatu yang kamu tertinggal,” sambil berharap pengguna Internet berkongsi kisahnya ini. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan