27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Romantiknya Ebiet Lew rai hari ulang tahun isteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hari ini, Ustaz Ebiet Lew yang terkenal sebagai model kasih sayang oleh rakyat negara ini menunjukkan penghargaan kepada isteri tercinta yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya.

Ebit dalam laman Instagramnya memuatnaik video beliau membawakan hadiah sejambak bunga ros dengan belon yang tertulis ucapan “Happy Birthday Bidadariku Farah from Ebiet Lew.”

Dalam nota di IGnya, Ebiet berkata; “Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta.

“Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.

“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.

“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang. Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.”

Ebiet seterusnya berterima kasih kepada Allah yang telah memberikannya nikmat hidup dan berjodohkan isteri tercinta yang sentiasa menjadi teman dalam perjuangan.

Beliau seterusnya melahirkan rasa rindu dalam perjuangan di jalan Allah dengan berusaha memantu orang-orang miskin dan anak yatim.

“Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat, pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini. Terima kaseh sayang bidadariku.

“Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini,” tambahnya.

Dalam ruangan komen peminatnya, Netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Ustaz dan kagum melihat bagaimana romantiknya Ebiet dalam menyambut ulang tahun kelahiran isteri. – EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan