24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mendalami konsep halal secara maya

Mesti Baca

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, potensi industri halal terus berkembang bahkan ia telah menjadi sumber baharu kepesatan pertumbuhan ekonomi global yang mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan lebih AS$2.3 trilion pada dua tahun lalu.

Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan ketara sekali gus pensijilan halal bagi mengesahkan standard dan piawaian halal yang dahulunya tidak dianggap penting oleh sesetengah pihak, kini diterima meluas merentasi sempadan geografi.

Bagi memberi peluang kepada masyarakat memahami dan mendalami sepenuhnya konsep halal dari sudut syariah dan keperluan industri, Virtual Halal School (VHS) mengambil inisiatif menganjurkan Virtual Halal Summer Camp (VHSC) 2020 yang bakal berlangsung pada 6 Julai sehingga 31 Oktober ini.

Menurut pengasas VHS, Amir Hamzah Md Isa, VHSC 2020 merupakan program perkongsian ilmu serta percambahan idea oleh pakar-pakar dalam industri halal sama ada dalam kalangan ahli akademik, pengamal industri serta mereka yang berpengalaman dan terlibat langsung dalam pembangunan industri halal negara.

AMIR HAMZAH

Beliau berkata, bertemakan Memahami Halal dalam Industri dan Kehidupan, VHSC 2020 melibatkan sesi pembelajaran interaktif  secara maya yang dilaksanakan mengikut keselesaan peserta dan setiap kuliah boleh diikuti melalui telefon bimbit atau komputer peribadi di mana-mana sahaja.

“VHSC mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kita mahu semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan Islam mendapat akses yang mudah dan maklumat menyeluruh berkaitan halal.

“Pembelajaran secara kendiri melalui platform E-Learning ini juga membolehkan peserta mendalami setiap topik yang disusun mengikut kesesuaian masa dan keselesaan peserta,” katanya selepas majlis pelancaran VHSC 2020 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Advertisements

VHS merupakan inisiatif pembelajaran halal secara maya yang dimiliki dan dikendalikan oleh UNITI Halal Centre, organisasi pendidikan yang berpengalaman luas dalam pendidikan tinggi dan latihan profesional berkaitan halal.

Beliau memberitahu, program sulung VHS itu bakal melibatkan 17 tenaga pakar yang akan membincangkan pelbagai aspek berkaitan industri halal mengikut kepakaran masing-masing.

“Kita telah menyusun 20 kuliah dan pada setiap sesi kuliah berdurasi 45 minit hingga sejam, peserta boleh berikteraksi dan bertanyakan persoalan kepada tenaga pengajar yang terlibat dan kesemua soalan akan dijawab.

“Sesi-sesi kuliah ini juga akan memperincikan isu dan kepentingan industri halal tempatan dan antarabangsa. Lebih menarik, jika peserta terlepas mana-mana sesi kuliah, mereka boleh mengikuti ulang siar semula sepanjang 24 jam selama 4 bulan atau 120 hari,” katanya.

Ujar beliau, pihaknya menawarkan promosi istimewa yuran penyertaan VHSC 2020 kepada semua peserta yang mendaftar sebelum 30 Jun iaitu RM88 seorang, berbanding kadar asal iaitu RM1,488.

“Bagaimanapun semua peserta perlu mendaftarkan diri sebagai pelajar Virtual Halal School dan dengan yuran sekali seumur hidup, mereka layak untuk terus mengikuti program-program profesional dan seminar berkaitan halal yang telah disusun selepas ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai VHSC 2020 melalui https://halalschool.onpay.my/order/form/halalsummercamp2020 atau menghubungi talian 03-4010 8315. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan