29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bubar DUN, Parlimen selesai kemelut politik

Mesti Baca

PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dianggap langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negara.

Pandangan itu disuarakan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa akan membubarkan DUN Johor jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat terus berlaku.

Di sini kita dapat melihat kepentingan institusi diraja yang memainkan peranan sebagai ‘pelindung kuasa rakyat’ dan mengekalkan kestabilan politik.

Politik negara tidak kira di peringkat negeri mahupun persekutuan semakin kucar-kacir kerana sikap pemimpin PH yang sibuk mengatur strategi untuk merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada.

Rakyat telah bosan dengan politik. Rakyat hanya mahukan ‘isi perut’ mereka dijaga. Sikap pembangkang yang gila kuasa menyebabkan politik negara menjadi huru-hara.

Jika perkara ini berlarutan, pembubaran DUN dan Parlimen adalah langkah terbaik dan itulah pendirian UMNO sejak dahulu iaitu mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

Daripada menjadi pembangkang seperti ‘tin kosong’ adalah lebih baik pemimpin PH diam sahaja dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan