26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Alumni Universitas Airlangga di Malaysia lancar tabung COVID-19

Mesti Baca

KETIKA rakyat Malaysia semakin lega apabila rantaian COVID-19 hampir berjaya diputuskan dan kehidupan kembali normal, keadaan di negara jiran, Indonesia dilaporkan semakin buruk.

Sehingga semalam kes jangkitan COVID-19 sudah melebihi 36,000 kes dengan kematian lebih 1,000 orang. Difahamkan ada kalangan yang meninggal dunia terdiri daripada pasukan barisan hadapan.

Sebagai tanda prihatin dengan keadaan pandemik di negara jiran itu, Ikatan Alumni Universitas Airlangga di Malaysia telah melancarkan Tabung COVID-19 bagi membantu membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada para petugas barisan hadapan di sana.

Jurucakap persatuan itu, Dr Junaini Kasdan berkata, tabung itu telah dilancarkan sejak 1 Jun lalu dan sambutan yang diberikan oleh kalangan alumni amat menggalakkan.

”Sehingga kini kita telah berjaya mengumpulkan lebih RM10,000 hasil sumbangan rakan-rakan alumni. Insya Allah jumlah itu dijangka akan terus bertambah sebelum ditutup pada 15 Jun ini,” katanya kepada Edisi 9 di sini.

Advertisements

Menurut Junaini, pihaknya mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak Direktorat Universitas Airlangga bagi menyediakan keperluan PPE dengan tumpuan untuk disumbangkan kepada petugas di Rumah Sakit Universitas Airlangga (RSUA) Surabaya, Indonesia.

Beliau yang juga Setiausaha persatuan itu berkata, sebagai rakyat Malaysia yang menimba ilmu di universiti itu dan ada kalangan petugas barisan hadapan terdiri daripada rakan-rakan sekuliah, adalah wajar pihaknya tampil membantu meringankan beban mereka di sana.

”Lagipun kami mendapat maklumat tentang masalah kekurangan PPE yang dihadapi oleh pasukan frontliner di sana manakala kes pandemik di Surabaya dilaporkan sudah mencapai zon hitam.

“Justeru, inilah masanya untuk kita para alumni menabur bakti di tempat kita menimba ilmu dan mencipta kenangan serta pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Alumni Universitas Airlangga dan orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 7009990043 (CIMB Bank) atas nama “Roslina Binti Rosli” sebelum atau pada 15 Jun 2020 dan WhatsApp ke 012-6320347 selepas sumbangan dibuat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan