SAMBUTAN Aidilfitri semasa negara mengalami pandemik COVID-19 memasuki norma baharu.
Ketiadaan berkumpul adik-beradik, sanak-saudara, perantauan pulang ke kampung halaman, keriangan bergotong-royong memasak dodol, menganyam ketupat, membakar lemang.
Istilah norma baharu kehidupan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipraktikkan kerajaan pada keseluruhan rakyat, nampaknya ia sedikit sebanyak mengubah kelaziman menyambut Aidilfitri.
Tinjauan Edisi 9 ke Tanjong Karang, Selangor mendapati kawasan rumah kampung tidak lagj meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ada yang sudah dinaiki semak samun dan hampir menenggelamkan jalan masuk ke rumah.

Penulis percaya masing masing dalam tempoh PKPB ini hanya menyambut di rumah sendirian bersama keluarga dan jiran.
Semoga kita terus tabah menantikan 9 Jun ini apakah pengakhiran PKPB ini atau sebaliknya. – EDISI 9