24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kalau marah sangat pun, janganlah sampai hina Parlimen

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

MEMANG sah kerajaan Perikatan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan majoriti di Parlimen.

Laporan media menyatakan sebanyak 114 Ahli Parlimen duduk di blok penyokong kerajaan semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini.

Jumlah mereka yang duduk di blok pembangkang adalah 107 orang manakala hanya seorang iaitu Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian yang berada di blok bebas.

Perkembangan itu memberi isyarat bahawa kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sukar untuk digugat oleh sesiapa pun yang mengidam ingin menjadi penyandang kesembilan jawatan berkenaan.

Mungkin ada yang kempunan tetapi terimalah hakikat bukan rezeki mereka untuk mengetuai jentera pentadbiran negara ketika ini.

Dalam masa tak sampai seminggu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, manfaatkanlah Ramadan yang berbaki kurang daripada seminggu ini untuk bermaaf-maafan sambil bermuhasabah diri.

Pasti ada sebab mengapa Allah SWT tidak takdirkan jawatan Perdana Menteri menjadi milik kita.

Mana tahu, hasil kesabaran, keinsafan dan istiqamah, insya-Allah terbuka hijab yang selama ini menghalang cita-cita murni itu.

Usahlah ditiru perangai Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar yang meroyan sebab Parlimen bersidang sehari sahaja.

Advertisements

Kalau marah sangat pun, janganlah hina kata Parlimen sebagai ‘sampah’ dan ‘tak berguna’.

YB Xavier pun sebahagian daripada institusi Parlimen, mengapa pula kata begitu?

Seolah-olah YB mengata diri sendiri ‘sampah’ dan ‘tidak berguna’.

Tak baik kutuk orang YB, apatah lagi mengutuk diri sendiri.

Fahamilah sebaik-baiknya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru semua YB supaya jangan mengheret negara ke dalam kancah politik tidak menentu sekali lagi.

Kami rakyat biasa menjunjung kasih titah Seri Paduka yang sememangnya prihatin dengan keresahan rakyat akibat perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan lalu.

Memang rakyat sudah letih dan muak dengan krisis politik yang tidak berkesudahan,

Justeru kami sangat menghargai Muhyiddin yang berjiwa besar sanggup berkongsi kuasa dengan bekas-bekas seterunya dalam UMNO dan PAS demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

Jika ada yang tak puas hati, bawalah bincang elok-elok. Tak perlulah rakam video kita bercakap yang bukan-bukan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan