27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Syabas Dr. Noor Hisham, ‘dinobat’ doktor terbaik dunia

Mesti Baca

SETIAP hari, kita akan menemui individu ini yang suatu masa dahulu tidak berapa dikenali ramai tetapi sejak gejala Covid-19 melanda negara, kelibatnya akan ditunggu-tunggu untuk berucap di hadapan kaca televisyen.

Sudah tentu individu tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang merupakan individu bertanggungjawab dalam pengendalian isu penularan wabak Covid-19 di negara ini.  

Setiap hari, pakar bedah kanan akan memberi maklumat terkini mengenai situasi penularan wabak Covid-19 di negara ini, termasuk memberikan pelbagai nasihat mengenai langkag-langkah pencegahannya.

Apa yang menarik, semalam, rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) telah menyenaraikan Dr Noor Hisham sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang terlibat dalam isu Covid-19.

Menurut laporan Bernama, selain beliau, siaran televisyen dari China itu juga menyenaraikan dua lagi doktor iaitu Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Advertisements

Dalam laman webnya, CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.

Menurut CGTN, beberapa bulan lepas, tidak ramai yang mengenali Dr Noor HIsham, 56, dan dua lagi tokoh berkenaan, namun kini mereka menjadi sumber maklumat dan fakta yang paling “dipercayai” bagi pandemik itu di negara mereka.

Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia.


Demikian kata seorang wartawan portal tempatan yang dipetik oleh CGTN, sambil menambah bahawa Dr Noor Hisham juga “mempunyai wajah yang dipercayai.”

Menurut CGTN, Fauci, 79, merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala Bloomfield, 54, Ketua Pengarah Kesihatan di New Zealand.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham penghormatan yang diberikan tersebut. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan