24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Cubaan PATI Rohingya masuki perairan negara dipatahkan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mematahkan cubaan pendatang asing tanpa asing (PATI) memasuki perairan negara ini di Langkawi, Kedah hari ini.

Ia hasil tindakan pantas sebuah pesawat C-130H milik TUDM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang selepas mengesan sebuah bot PATI dipercayai membawa pelarian Rohingya cuba memasuki perairan Langkawi.

Pesawat dipandu oleh Mejar Faizul Hussein ketika itu sedang melakukan tinjauan maritim udara yang kemudian menghubungi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Lekiu dan KD Lekir.

“KD Lekiu dan KD Lekir berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM dan mengekang pergerakan masuk bot tersebut di kedudukan 70 batu nautika dari barat Pulau Langkawi.

Advertisements

“Hasil siasatan mendapati bot tersebut yang sarat dengan kira-kira 200 PATI Rohingya yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak,” kata TUDM seperti dipetik dari portal rasminya.

TUDM berkata, dengan keadaan penempatan serta kehidupan yang daif di tempat asal mereka, adalah sangat dibimbangi kumpulan PATI yang cuba memasuki Malaysia sama ada melalui jalan darat atau jalan laut akan membawa kluster baharu Covid-19 ke negara ini.

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, anak kapal KD Lekiu telah mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI tersebut sebelum mengiringi bot berkenaan keluar dari memasuki perairan negara.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan