34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rahsia orang Mekah rawat sendiri penyakit

Mesti Baca

DI musim penyebaran wabak Covid-19 sekarang, ramai daripada kita yang terkurung akan berfikir 10 kali untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan apabila demam, batuk atau selesema – penyakit biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita.

Bukan apa, kita tentu terbayang akan dibawa dengan ambulan ke hospital untuk menjalni ujian Covid-19 jika memberitahu doktor di klinik mempunyai simpton-simpton itu di samping sesak nafas untuk potensi pesakit Covid.

Sememangnya, langkah terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor jika mempunyai simpton-simpton tersebut dan kita tidak mahu berlagak ‘pandai’ membuat diagnosis penyakit sendiri yang akhirnya boleh membawa padah.

Bagaimanapun, selain rawatan moden, kita masih boleh berusaha sendiri dahulu merawat sakit-sakit ringan menggunakan kaedah perubatan alternatif, termasuk rawatan perubatan Islam.

Pelbagai kaedah rawatan alternatif sama ada rawatan cara Islam, orang Melayu, India, Cina dan pelbagai bangsa lain di dunia merupakan antara topik-topik yang Che Wann akan dikongsikan bersama pembaca melalui portal ini.

Sebagai permulaan, saya kemukakan dahulu kaedah perubatan ringkas yang dikatakan diamalkan oleh kebanyakan penduduk Mekah setiap kali mereka sakit dan seterusnya mengurangkan jumlah kunjungan mereka ke klinik untuk rawatan sakit-sakit ringan.

Walaupun maklumat ini diperoleh Che Wann melalui rantaian WhatsApp yang dikongsi rakan-rakan (dan tidak pasti kebenaran cerita klinik tidak dikunjungi selama 6 bulan), tetapi apabila dikaji langkah-langkah yang dinyatakan adalah ikhtiar-ikhtiar yang sememangnya sering disarankan oleh pengamal perubatan Islam.

Untuk faedah bersama agar ilmu ini tidak hilang begitu sahaja di media sosial, saya berkongsi semula artikel itu dan bagi yang pernah membaca artikel ini di WhatsApp, anggaplah ia sebagai peringatan semula.

Melalui maklumat bertajuk ‘Mengapa klinik di Mekah agak sepi’, penulis artikel itu berkongsi pengalaman seorang doktor yang pernah membuka klinik di tanah suci Al-Mukarramah selama enam bulan.

Sepanjang operasinya, doktor itu mendapati kliniknya sangat kurang dikunjungi penduduk sekitar untuk berubat yang menimbulkan kehairanan adakah penduduk di situ tidak pernah sakit?.

Akhirnya beliau mendapatkan jawaban dari salah seorang Muslim yang tinggal di kawasan tanah suci tersebut.

Setiap kali ditimpa penyakit, penduduk di sana dikatakan akan mendahulukan usaha memohon kesembuhan kepada Allah melalui solat, menggunakan kalimah-kalimah Al-Quran, bersedekah, berzikir dan bertaubat serta memakan herba-herba sunnah yang pernah diamalkan Rasululullah dan sahabat.

Berikut ialah urutan usaha atau tindakan yang dilakukan oleh mereka apabila mereka sakit:-

IKHTIAR PERTAMA
Solat sunat dua rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah. InsyaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayang-Nya dan kalau belum sembuh, mereka akan lakukan ikhtiar seterusnya.

IKHTIAR KEDUA
Baca Al Fatihah/surah-surah lain, tiupkan pada air dan minum.

Dengan amalan tambahan:

Jika badan panas – mereka akan perbanyakkan membaca Salawat terhadap Rasulullah (kerana Salawat dikatakan sebagai penyejuk)

Jika badan sejuk – mereka akan memperbanyakkan bacaan Ayat Kursi.

Jika sakit yang dapat dilihat – mereka akan banyak bacaan surah Al Fatihah sambil mengusap- usap di bahagian yg sakit.

Jika sakit tak terlihat – maka mereka akan perbanyakkan bacaan Surrah Al Ikhlas, Al Falaq, An-Naas (sebagai penolak sihir).

Dan Alhamdulillah, kebiasaannya kami akan sihat kerana mengamalkan Ruqyah untuk diri sendiri ini. Tetapi jika masih belum sihat, mereka akan lakukan ikhtiar ketiga.

IKHTIAR KETIGA
Memperbanyakkan sedekah dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan sebagai penyembuh sakit. InsyaAllah, akan dapat kesembuhan dan jika tidak sembuh juga, mereka akan ke ikhtiar keempat.

IKHTIAR KEEMPAT
Banyakkan Istighfar untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

Sebab, Nabi Muhammad SAW bersabda, “mendapat sakit adalah penghapus dosa” dan jika masih belum sembuh, mereka akan mengambil ikhtiar kelima.

IKHTIAR KELIMA
Seperti yang disarankan dalam kebanyakan rawatan perubatan Islam, mereka akan minum madu dan memakan Habbatussauda sebagai makanan berkhasiat.

IKHTIAR KEENAM
Mengambil makanan herba yang disarakan dalam al-Quran seperti buah kurma, buah tin, zaitun, bawang putih dan sebagainya. Dan sekiranya masih belum sembuh juga, barulah mereka akan melakukan ikhtiar ketujuh.

IKHTIAR KETUJUH
Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor yang soleh. Insya-Allah akan diberi kesembuhan dari Allah.

Kesimpulannya, amalan-amalan tersebut yang bersandarkan kepada akidah atau keyakinan yang memberi penyakit adalah Allah dan Dia juga yang akan menyembuhkan.

Sememangnya kita ketahui banyak fadilat boleh diperoleh daripada membaca surah-surat dalam Al Quran, sama ada berkaitan penyembuhan penyakit atau melancarkan rezeki mengikut hajat kita.

Semoga bermanfaat. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan