29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

warga emas

2 warga emas maut ATV dinaiki terbabas masuk parit

DUA warga emas ditemui mati lemas apabila kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dinaiki terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Gambut, Pontian, Johor, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.06 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu...

Warga emas meninggal dunia, jatuh gaung ketika mendaki

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Taman Mawar, Sandakan, Sabah petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, mangsa yang berumur 70 tahun terjatuh ke dalam gaung...

Warga emas ‘nyanyuk’ pandu lawan arus disaman

SEORANG lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Perak. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 83 tahun itu dibuat...

Warga emas hilang tiga hari ditemukan maut dalam gaung

MISTERI kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu terjawab apabila ditemukan maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing di Johor, hari ini. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya...

Warga emas hadapi 17 pertuduhan rogol, amang seksual

SEORANG warga emas berusia 74 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang juga adik beradik sejak 2014. Tertuduh, Ashaari Ibrahim yang berbaju Melayu kelabu dan...

Lelaki warga emas maut motosikal terperosok bawah treler

SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah treler dalam insiden kemalangan di Jalan Industri Semambu 6, Semambu, Kuantan, semalam. Memetik laporan Sinar Harian, penunggang motosikal jenis Demak EX90 yang dikenali sebagai P Rajakamaran, 62, meninggal...

Dua warga emas ditahan ‘songlap’ duit persatuan RM65,000

DUA lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pecah amanah sebuah persatuan membabitkan kerugian RM65,000, di Ampang Jaya, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 64 dan 73 tahun itu...

Terpedaya ‘Love Scam’, warga emas kesunyian rugi RM220,500

SEORANG pesara wanita berputih mata apabila simpanannya berjumlah RM220,500 lesap selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 60 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan individu bernama Amran Mohammad Ali...

Warga emas diperdaya ‘anggota polis’ hampir RM700,000

SEORANG warga emas kerugian kerugian hampir RM700,000 apabila diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Sabah. Mangsa yang merupakan kerani wanita sebuah syarikat kontraktor menerima satu pangggilan ‘polis’ pada pukul 8.45 pagi, 15 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Taiping,...

Warga emas terpedaya ‘Love Scam’ rugi lebih setengah juta

SEORANG warga emas terpaksa berputih mata apabila terperdaya sindiket 'Love Scam' hingga mengalami kerugian sebanyak RM565,700 sepanjang tujuh bulan lalu. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, wanita berusia 68 tahun itu memaklumkan dia mula berkenalan dengan suspek...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...
- Advertisement -spot_img