27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

2 pekerja Bangladesh maut, terperangkap kilang terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pekerja warga Bangladesh maut, manakala empat lagi terselamat dalam kebakaran kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bangi, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor , Wan Md Razali Wan Ismail, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor menerima panggilan memaklumkan kebakaran itu pada jam 4.14 pagi.

Beliau berkata, seramai 23 anggota dan 13 pegawai bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi, BBP Kajang, BBP Semenyih dan BBP Serdang terus bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan pemadaman dan penyelamatan.

“Setiba dilokasi, kebakaran membabitkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60 kali 80 kaki persegi.

Advertisements

“Pemadaman dilakukan secara terus ke dalam bangunan oleh anggota bomba. Kebakaran membabitkan kertas kitar semula yang terdapat dalam bangunan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata, pasukam bomba berjaya memadamkan kebakaran pada jam 4.48 pagi dan api padam sepenuhnya dua minit kemudian.

“Terdapat enam mangsa warga negara Bangladesh yang terperangkap diselamatkan pihak bomba.

“Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan