30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

8 samseng jalanan ditahan, 37 motosikal disita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI lapan lelaki ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh berhampiran Station 18, Ipoh awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi itu dijalankan sepasukan 68 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua yang ditahan itu berusia 17 hingga 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sepanjang enam jam operasi dijalankan, polis telah melakukan pemeriksaan sebanyak 185 motosikal dan 258 individu.

“Pada masa sama, 37 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan.

Advertisements

“Sebanyak 391 saman trafik telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati tiga lelaki positif dadah jenis methamphetamine.

“Ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 24 hingga 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998),”katanya.

Ujar beliau, polis akan terus menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi memperkasakan lagi tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di daerah ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan